Mazsa Biz

Posts Tagged ‘Perbezaan Kristal Swarovski AB dan Non AB

Bagaimana hendak membezakan kristal Swarovski AB dan Non AB dan kristal biasa (manik kaca/kristal cina). Begitu ramai bertanyakan pada mazsa.biz jadi di sini mazsa.biz kongsikan beberapa tips-tips mudah untuk pengetahuan bersama dan juga untuk memilih produk yang menepati citarasa teman2 pembaca:

  1. Kristal Swaroski AB nampak lebih bersinar dan berkilauan dan terdapat warna kilau di dalamnya. Kristal Non AB nampak clear dan warna tidak konsisten di antara satu sama lain. Bagi kristal Swaroski AB, salutan AB tersebut nampak kemas dan tiada cela.swarovski vs biasa
  2. Tiada perbezaan pemotongan ketara di antara kristal Swaroski kerana ia dipotong dengan mesin. Berbeza dengan kristal biasa, hujung potongan bentuk kristal nampak tidak kemas, tumpul dan bentuk di antara manik-manik kelihatan tidak konsisten.
  3. Untuk kristal Swarovski Non AB, jika dilihat secara dekat, tiada buih-buih yang kelihatan dengan mata kasar di dalam kristal. Ia juga nampak jelas dan terang.jelas terang
  4. Jika teman2 pembaca mempunyai penimbang gram, kristal Swarovski akan lebih berat daripada kristal biasa kerana ia mempunyai kandungan oksida timah hitam yang lebih tinggi berbanding kristal biasa.
  5. Manik kristal Swarovski tidak dijual dalam bentuk rantaian. Ia dijual dalam kotak atau bungkusan dengan cop hologram CRYSTALIZED WITH SWAROVSKI.

Bagi mazsa.biz, tips yang paling penting sekali ialah jangan segan bertanya kepada penjual /orang lain jika terdapat sebarang kemusykilan kerana penjual yang baik akan menjawab segala kemusykilan anda untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Jika ada sebarang tips yang boleh dikongsi bersama-sama, boleh majukan ke email mazsa.biz di mazsa.biz@gmail.com atau get meebo mazsa.biz di sebelah.

Selamat Belajar! 😉


Welcome to Swarovski Crystal, Pearl and Variety Women Acsessories Centre. Happy Shopping @ Here

Follow Fan Pages Mazsa Biz

Calendar

June 2020
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Be Our VVIP

Categories