Mazsa Biz

Archive for June 2009

Bagaimana hendak membezakan kristal Swarovski AB dan Non AB dan kristal biasa (manik kaca/kristal cina). Begitu ramai bertanyakan pada mazsa.biz jadi di sini mazsa.biz kongsikan beberapa tips-tips mudah untuk pengetahuan bersama dan juga untuk memilih produk yang menepati citarasa teman2 pembaca:

  1. Kristal Swaroski AB nampak lebih bersinar dan berkilauan dan terdapat warna kilau di dalamnya. Kristal Non AB nampak clear dan warna tidak konsisten di antara satu sama lain. Bagi kristal Swaroski AB, salutan AB tersebut nampak kemas dan tiada cela.swarovski vs biasa
  2. Tiada perbezaan pemotongan ketara di antara kristal Swaroski kerana ia dipotong dengan mesin. Berbeza dengan kristal biasa, hujung potongan bentuk kristal nampak tidak kemas, tumpul dan bentuk di antara manik-manik kelihatan tidak konsisten.
  3. Untuk kristal Swarovski Non AB, jika dilihat secara dekat, tiada buih-buih yang kelihatan dengan mata kasar di dalam kristal. Ia juga nampak jelas dan terang.jelas terang
  4. Jika teman2 pembaca mempunyai penimbang gram, kristal Swarovski akan lebih berat daripada kristal biasa kerana ia mempunyai kandungan oksida timah hitam yang lebih tinggi berbanding kristal biasa.
  5. Manik kristal Swarovski tidak dijual dalam bentuk rantaian. Ia dijual dalam kotak atau bungkusan dengan cop hologram CRYSTALIZED WITH SWAROVSKI.

Bagi mazsa.biz, tips yang paling penting sekali ialah jangan segan bertanya kepada penjual /orang lain jika terdapat sebarang kemusykilan kerana penjual yang baik akan menjawab segala kemusykilan anda untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Jika ada sebarang tips yang boleh dikongsi bersama-sama, boleh majukan ke email mazsa.biz di mazsa.biz@gmail.com atau get meebo mazsa.biz di sebelah.

Selamat Belajar! 😉

Kalau dalam solat ada tertib, kat sini pun kita cuba mentertibkan info tentang kristal wasrovski. Mazsa.biz ingin berkongsi serba sedikit sejarah dan maklumat tentang kristal Swarovski ni. Rasanya semua dah tahu kan. Takpelah, pada yang belum tahu boleh lah teruskan pembacaan, yang dah tahu tu boleh terus swarovski_danielbershopping di Mazsa Accessories Centre ini. Siapa yang ada info berlebihan sudi2 berkongsi okey..

Jenama Swarovski bermula pada hujung abad ke-19 oleh seorang warga Austria bernama Daniel Swarovski yang telah mencipta mesin pemotong automatik. Pada tahun 1892, beliau telah mempatenkan ciptaan tersebut yang seterusnya menyumbang kepada pembuatan barang kemas daripada kristal timah hitam. Beliau telah memperbaiki dan memperhalusi teknik pemotongan kristal sehingga kristal jenama Swarovski menjadi kristal terbaik dan tercantik di dunia.

Rahsia kristal Swarovski, yang juga dikenali dengan kristal Austria, selain daripada kemasan potongannya ialah ia lebih berkilau dan mempunyai koleksi warna yang lebih pelbagai. Walaupun ia dipanggil sebagai kristal, ia tidak dibuat daripada batu kristal semulajadi, malah sebenarnya kristal Swarovski adalah 100% buatan manusia. Kristal Swarovski diperbuat daripada campuran gelas dan 32 % oksida timah hitam (lead oxide). Campuran yang tepat tersebut menghasilkan lebih kilauan dan keaslian warna kristal Swarovski. Ditambah dengan kualiti pemotongan yang lebih halus serta suntikan teknologi baru seperti salutan AB menjadikan kristal Swarovski lebih berkualiti dan lebih popular.

Sekian info yang ada. Selamat bershopping 😉

Wanita dan aksesori memang susah untuk dipisahkan. Kejadian Allah mengikat kesesuaian wanita dan barang perhiasan. Aksesori berasaskan Kristal Swarovski dan Pearl atau Mutiara memang berpadanan untuk dihiaskan pada wanita. Misalnya aksesori berbentuk Gelang Kristal, Jam Kristal, Cincin, Rantai Leher, Gelang Kaki, Anting-Anting, Keronsang Anyaman dan pelbagai aksesori.. Cukup menakjubkan dari hanya sebentuk kristal atau mutiara dianyam sebegitu rupa.

Setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza hatta adik beradik atau kembar seiras sekalipun pasti ada minat tersendiri. Juga jika dipadankan dengan Bulan Kelahiran terdapat kristal-kristal yang dirasakan sesuai untuk si pemakai.

Setiap lapisan masyarakat pasti inginkan aksesori yang berpadanan dengan cutarasa minat dari segi size, warna juga design tersendiri dan ekslusif. Oleh kerana itulah, Mazsa Accessories Centre ditubuhkan khusus untuk melayani minat individu sekalian.

Mazsa Accessories Centre menjual pelbagai barangan dari barangan siap tersedia seperti Gelang Kristal, Gelang Mutirara, Jam Kristal dan Mutiara juga pelbagai lagi Aksesori Wanita berasakan Kristal Swarovski original dari Austria.

Mazsa Accessories Centre juga bersedia menyediakan tempahan Loose atau bahan mentah untuk para peruncit yang ingin membuat sendiri barangan aksesori ini. Boleh lihat di page Loose juga Equipment. Segalanya tersedia dan mengikut kehendak anda.

Tempahan boleh dilakukan seperti yang Mazsa Accessories Centre syaratkan di bahagian Hubungi Kami. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus melalui talina yang tertera juga melalui emel. Mazsa Accessories Centre menanti semua pelanggan. =)


Welcome to Swarovski Crystal, Pearl and Variety Women Acsessories Centre. Happy Shopping @ Here

Follow Fan Pages Mazsa Biz

Calendar

June 2009
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Be Our VVIP

Categories