Mazsa Biz

Archive for the ‘Kristal Swarovski’ Category

Untuk rakan-rakan yang belum tahu, FB Mazsa Biz telah auto-tukar kepada Fan Pages oleh Facebook. Bila telah jadi fan pages, memang agak sukar untuk rakan-rakan mencari Mazsa Biz kecuali sesiapa yang click button search di facebook.

Mazsa Biz kini lebih fokus dan tumpu kepada sesiapa yang ingin belajar dan memulakan perniagaan DIY Tasbih sendiri. Daripada penyediaan barang dan free tutorial Tasbih Handmade, kami sediakan.

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba bolehlah berhubung dengan Mazsa Biz

PicsArt_1386650346941 copy Read the rest of this entry »

Promosi! Harga Runtuh! Murah-Murah!

Sempena ketibaan Tahun Baru 2010 Mazsa Accessories Centre berazam memberikan harga berpatutan kepada semua pelanggan yang Mazsa Accessories Centre sayangi. Mazsa Accessories Centre akan tawarkan Harga Runtuh. Yeh, Harga Runtuh yang sebetulnya RUNTUH!

Loose dan bahan mentah untuk Aksesori Kristal Swarovski, Kristal China serta Mutiara dan Batu diberi diskaun tidak kurang 50%! Menarik tak?

Kekangan masa menghambat Mazsa Accessories Centre untuk update harga di sini jadi Emel Mazsa Accessories Centre dahulu pesanan barangan dan Mazsa Accessories Centre akan berikan sebut harga yang terbaru kepada anda.

Dapatkan dengan segera sementara stok masih ada. Selamat Tahun Baru dan Selamat Membeli!

Buat teman2 pelanggan Mazsa Accessories Centre (MAC),

Demi menghargai pelanggan setia MAC, kami kini meneruskan promosi ‘harga runtuh’. Program Terbaru untuk pelanggan yang serius untuk berniaga Gelang Kristal dan Mutiara. Kami poskan semua Gelang Kristal dan Mutiara pada anda dengan harga yang menarik. Anda pilih Gelang Kristal dan Mutiara yang anda berminat dan pulangkan balance Gelang pada Mazsa Accessories Centre.

Syarat minima Program ini anda perlulah bank in pada Mazsa Accessories Centre sejumlah bayaran sebelum Gelang dihantar. Dan pulangan Gelang pada Mazsa Accessories Centre perlulah dalam masa seminggu selepas penerimaan. Syarat simple tetapi berbaloi =)

Hubungi MAC dan lakukan tempahan dengan segera ntuk mendapatkan barangan awal. Terima Kasih =)

Di sini MAC post kan sedikit gambar Gelang Kristal

Gelang Kristal

1

Salam teman2, Syukur Alhamdulillah dalam kelembapan ekonomi negara dan kecenderungan mengurangkan kuasa membeli di kalangan pengguna. Bisnes borong Bahan Mentah Kristal /  Loose Kristal Mazsa Accessories Centre masih lagi dalam keadaan baik dan memberi sedikit keuntungan.

Terima kasih yang tidak terhingga pada teman2 pelanggan yang sudi tidak putus2 mengunjungi kedai online Mazsa Accessories Centre. Sebagai penghargaan atas kesudian teman2 menyokong perniagaan online Mazsa Accessories Centre, kami telah memberikan penurunan diskaun yang cukup memuaskan untuk pembelian borong Gelang Kristal dan juga bahan mentah kristal / loose kristal =)

Untuk pengetahuan teman2, disebabkan juga ramai yang bertanya perihal asal Bahan Mentah Kristal /  Loose Kristal Mazsa Accessories Centre, kebanyakannya adalah gred 1 dan berkualiti tinggi. Oleh itu kami memberi jaminan yang tinggi akan kepuasan teman2 setelah mendapatkannya. =)

Buat tempahan borong segera dengan Hubungi MAC untuk mendapatkan Bahan Mentah Kristal /  Loose Kristal sementara diskaun masih diberikan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaan online kami. XOXO =)

Salam berbahagia teman2,

Mazsa Accessories Centre kembali dibuka setelah lama bercuti panjang. Walaupun Hari Raya masih lagi diraikan, tetapi panggilan sentiasa berdering dari para pelanggan untuk membuat tempahan. MAC sangat terharu dengan sambutan dari teman semua.

Semasa kita masih lagi bercuti raya, MAC sempat upload beberapa barangan baru ‘NEW‘ Loose dan Gelang Kristal. Jika berminat seperti biasa boleh buat tempahan dengan MAC melalui Hubungi MAC.

Buat teman semua, AMPUN MAAF dipinta jika terdapat kesilapan dan SELAMAT HARI RAYA!

Buku terbaru berkenaan pembuatan aksesori berasaskan Kristal kini dipasaran. Sedikit info berkenaa buku ini. Buku INSPIRASI KRISTAL keluaran Buku Prima ini baru sahaja dipasarkan pada tahun ini. Penulisnya adalah Aida Mohd Nor dan Teman2 boleh dapatkan buku ini di Bookstore seluruh negara. Pada yang nak order pada saya boleh telefon atau emel ya.

COVER INSPIRASI KRISTAL

COVER INSPIRASI KRISTAL

Bagaimana hendak membezakan kristal Swarovski AB dan Non AB dan kristal biasa (manik kaca/kristal cina). Begitu ramai bertanyakan pada mazsa.biz jadi di sini mazsa.biz kongsikan beberapa tips-tips mudah untuk pengetahuan bersama dan juga untuk memilih produk yang menepati citarasa teman2 pembaca:

  1. Kristal Swaroski AB nampak lebih bersinar dan berkilauan dan terdapat warna kilau di dalamnya. Kristal Non AB nampak clear dan warna tidak konsisten di antara satu sama lain. Bagi kristal Swaroski AB, salutan AB tersebut nampak kemas dan tiada cela.swarovski vs biasa
  2. Tiada perbezaan pemotongan ketara di antara kristal Swaroski kerana ia dipotong dengan mesin. Berbeza dengan kristal biasa, hujung potongan bentuk kristal nampak tidak kemas, tumpul dan bentuk di antara manik-manik kelihatan tidak konsisten.
  3. Untuk kristal Swarovski Non AB, jika dilihat secara dekat, tiada buih-buih yang kelihatan dengan mata kasar di dalam kristal. Ia juga nampak jelas dan terang.jelas terang
  4. Jika teman2 pembaca mempunyai penimbang gram, kristal Swarovski akan lebih berat daripada kristal biasa kerana ia mempunyai kandungan oksida timah hitam yang lebih tinggi berbanding kristal biasa.
  5. Manik kristal Swarovski tidak dijual dalam bentuk rantaian. Ia dijual dalam kotak atau bungkusan dengan cop hologram CRYSTALIZED WITH SWAROVSKI.

Bagi mazsa.biz, tips yang paling penting sekali ialah jangan segan bertanya kepada penjual /orang lain jika terdapat sebarang kemusykilan kerana penjual yang baik akan menjawab segala kemusykilan anda untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Jika ada sebarang tips yang boleh dikongsi bersama-sama, boleh majukan ke email mazsa.biz di mazsa.biz@gmail.com atau get meebo mazsa.biz di sebelah.

Selamat Belajar! 😉

Kalau dalam solat ada tertib, kat sini pun kita cuba mentertibkan info tentang kristal wasrovski. Mazsa.biz ingin berkongsi serba sedikit sejarah dan maklumat tentang kristal Swarovski ni. Rasanya semua dah tahu kan. Takpelah, pada yang belum tahu boleh lah teruskan pembacaan, yang dah tahu tu boleh terus swarovski_danielbershopping di Mazsa Accessories Centre ini. Siapa yang ada info berlebihan sudi2 berkongsi okey..

Jenama Swarovski bermula pada hujung abad ke-19 oleh seorang warga Austria bernama Daniel Swarovski yang telah mencipta mesin pemotong automatik. Pada tahun 1892, beliau telah mempatenkan ciptaan tersebut yang seterusnya menyumbang kepada pembuatan barang kemas daripada kristal timah hitam. Beliau telah memperbaiki dan memperhalusi teknik pemotongan kristal sehingga kristal jenama Swarovski menjadi kristal terbaik dan tercantik di dunia.

Rahsia kristal Swarovski, yang juga dikenali dengan kristal Austria, selain daripada kemasan potongannya ialah ia lebih berkilau dan mempunyai koleksi warna yang lebih pelbagai. Walaupun ia dipanggil sebagai kristal, ia tidak dibuat daripada batu kristal semulajadi, malah sebenarnya kristal Swarovski adalah 100% buatan manusia. Kristal Swarovski diperbuat daripada campuran gelas dan 32 % oksida timah hitam (lead oxide). Campuran yang tepat tersebut menghasilkan lebih kilauan dan keaslian warna kristal Swarovski. Ditambah dengan kualiti pemotongan yang lebih halus serta suntikan teknologi baru seperti salutan AB menjadikan kristal Swarovski lebih berkualiti dan lebih popular.

Sekian info yang ada. Selamat bershopping 😉

Wanita dan aksesori memang susah untuk dipisahkan. Kejadian Allah mengikat kesesuaian wanita dan barang perhiasan. Aksesori berasaskan Kristal Swarovski dan Pearl atau Mutiara memang berpadanan untuk dihiaskan pada wanita. Misalnya aksesori berbentuk Gelang Kristal, Jam Kristal, Cincin, Rantai Leher, Gelang Kaki, Anting-Anting, Keronsang Anyaman dan pelbagai aksesori.. Cukup menakjubkan dari hanya sebentuk kristal atau mutiara dianyam sebegitu rupa.

Setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza hatta adik beradik atau kembar seiras sekalipun pasti ada minat tersendiri. Juga jika dipadankan dengan Bulan Kelahiran terdapat kristal-kristal yang dirasakan sesuai untuk si pemakai.

Setiap lapisan masyarakat pasti inginkan aksesori yang berpadanan dengan cutarasa minat dari segi size, warna juga design tersendiri dan ekslusif. Oleh kerana itulah, Mazsa Accessories Centre ditubuhkan khusus untuk melayani minat individu sekalian.

Mazsa Accessories Centre menjual pelbagai barangan dari barangan siap tersedia seperti Gelang Kristal, Gelang Mutirara, Jam Kristal dan Mutiara juga pelbagai lagi Aksesori Wanita berasakan Kristal Swarovski original dari Austria.

Mazsa Accessories Centre juga bersedia menyediakan tempahan Loose atau bahan mentah untuk para peruncit yang ingin membuat sendiri barangan aksesori ini. Boleh lihat di page Loose juga Equipment. Segalanya tersedia dan mengikut kehendak anda.

Tempahan boleh dilakukan seperti yang Mazsa Accessories Centre syaratkan di bahagian Hubungi Kami. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus melalui talina yang tertera juga melalui emel. Mazsa Accessories Centre menanti semua pelanggan. =)


Welcome to Swarovski Crystal, Pearl and Variety Women Acsessories Centre. Happy Shopping @ Here

Follow Fan Pages Mazsa Biz

Calendar

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Be Our VVIP

Categories